Header Ads

Takut Jodoh Dengan Orang Seni,Wak Doyok Mahu Orang Biasa Jadi Pilihan Hatinya


Sebelum ini pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok pernah dikaitkan dengan model jelita Indonesia, Malika Askarova dan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim. Namun kini tiada lagi gosip Wak dengan mana-mana gadis.

Wak memberitahu buat masa ini soal perkahwinan belum menjadi fokus utama kerana dia mahu memberikan tumpuan pada perniagaannya, namun dalam masa sama dia meluahkan hasrat untuk segera berumahtangga.

“Saya lebih tumpu pada perniagaan dan tak ada fokus nak cari jodoh. Kalau ikutkan nak percepatkan perkahwinan tapi kena catur dulu. Yang penting wanita itu boleh jaga mak bapa saya. Itu lebih penting kerana isteri mungkin boleh jaga saya tapi takut tidak boleh jaga ibu bapa saya,” katanya kepada mStar Online.






“Sejujurnya, setakat ni belum ada lagi teman wanita. Tapi adalah saya cuba-cuba kenal dan mereka orang biasa saja.

“Saya nak orang biasa-biasa sahaja. Apabila masing-masing sibuk dengan kerjaya seni, saya takut tak boleh jaga hati. Kalau ambil orang biasa yang kerja normal, mereka akan selalu ada kat rumah,” katanya.

Sumber : Mstar Online.
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a