Header Ads

"Kami Bukan Balas Dendam Dengan Pembekuan Akaun,Kita Dulu Tak Pernah Merungut" - Tun Dr Mahathir.


Tindakan membekukan akaun keluarga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah bersifat balas dendam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan keluarga Najib bahawa tindakan pembekuan akaun itu berunsur balas dendam.

"Kita nak balas dendam buat apa? Apa yang mereka buat pada kita dulu tidak pernah pun kita merungut."

"Semua kawan saya dihalau, tak bagi berkawan dengan saya. Pembekuan akaun mereka kawan-kawan juga dilakukan. Kita tak merungut pun," katanya ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Beliau menyifatkan dakwaan keluarga Najib ini sebagai tuduhan.Ini tuduhan, "kalau mereka fikir tindakan pembekuan ini sebagai salah mereka boleh bawa perkara ini ke mahkamah," tegasnya.





Semalam, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa mendakwa ada pihak mengarahkan pihak bank untuk membekukan akaun peribadi beliau dan anaknya yang berusia 10 bulan.

Dakwa Nooryana Najwa, akaun bank anaknya itu hanya mengandungi wang berjumlah RM100 untuk menyimpan duit raya yang pertama kali diterima bayi itu.

Beliau mempersoalkan adakah kerajaan sangat berdendam dan mahu menyingkirkan seluruh ahli keluarganya.

Apakah kaitan simpanan anak saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia Baru yang rakyat harapkan? tulis Nooryana Najwa melalui catatan Facebook yang ditujukan kepada grup Malaysians for Civil Liberty Rakyat Malaysia untuk Kebebasan Sivil.



Sumber: Sinar.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a