Header Ads

'Kami Tidak Dibayar, Jangan Sesiapa Tuduh Saya Ambil Duit' - Ellie Suriaty Nafi Dibayar Untuk Sokong Najib.


Baru baru ini, pelakon Ellie Suriaty telah menimbulkan kontroversi apabila menjadi salah seorang penyokong setia bekas Perdana Menteri, Najib Razak dengan menghadirkan diri ke mahkamah dan membuat kekecohan bersama penyokong yang lain.

Ramai peminat beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelakon itu dan tidak kurang yang mengandaikan yang beliau sudah disogok wang yang banyak oleh pihak tertentu untuk bertindak sedemikian.Ellie Suriaty melalui satu video di Facebook beliau tampil menjelaskan tindakan beliau sekaligus menafikan yang beliau menerima wang seperti didakwa sesetengah pihak.





“Apa yang berlaku di mahkamah itu bukan pakatan atau rancangan, semua yang ada di sana ada perasaan yang sama. Kami tidak dibayar, jangan sesiapa tuduh saya ambil duit, makan dedak atau sebagainya. Saya bukan orang yang boleh dibeli,” ujarnya.

Ellie Suriaty turut mendakwa yang beliau mula menyokong bekas presiden Umno itu selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu dan didorong perasaan bimbang dengan nasib bangsa Melayu di bawah pimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan.

“Saya masuk Umno setelah kerajaan (BN) jatuh ia kerana saya kenangkan nasib anak bangsa kita nanti. Apa akan jadi dengan nasib anak Melayu dan agama Islam,” tambahnya lagi.



Sumber : Rotikaya.
-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a