Header Ads

Masa Jadi PM, Saya Hanya Memenuhi Janji Rakyat Berdasarkan Kerajaan Yang Rakyat Mahukan - Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan semasa beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau hanya menjanjikan apa yang kerajaan mampu laksanakan sahaja.

Najib berkata, ini kerana beliau tidak sanggup menipu rakyat atau lebih buruk lagi berhadapan dengan ALLAH SWT kerana memungkiri janji.

Menurutnya, sepanjang memegang jawatan berkenaan (PM), beliau telah berusaha segalanya yang termampu.

"Sebagai rakyat kita mahu kerajaan (PH) memenuhi janji mereka kerana rakyat mengundi berdasarkan janji berkenaan.

"Rakyat tidak boleh menerima apa yang kurang dari apa yang ditawarkan oleh kerajaan dalam janji mereka, jika kerajaan memberi banyak alasan dalam memenuhi janji, ini menunjukkan mereka tidak memaklumkan perkara yang benar kepada rakyat," katanya sempena Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat sempena Ulangtahun Kelahirannya dan meraikan ahli keluarga MH17 di kediamannya di Langgak Duta, malam tadi.

Menurutnya, projek berkenaan boleh diteruskan kerana kerajaan di bawah pimpinan BN sebelum ini telah memastikan sumber mencukupi untuk meneruskan projek berkenaan.


"Hanya kerana ia (MRT3) telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini ia tidak diteruskan. Sepatutnya kerajaan buat lebih baik dari sebelumnya bukan batalkan.

"Jika projek yang baik diteruskan jika tak baik tak perlu teruskan. Buat alasan yang betul (langkah membatalkan) adakah untuk rakyat," katanya mempersoalkan tindakan kerajaan PH membatalkan projek berkenaan.


Selain itu, Najib turut menyentuh cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak akan menurunkan harga barangan dan pihak yang sepatutnya membayar cukai akan mengelak dari berbuat demikian.

Ucapan Najib mengenai harga barang serta kos hidup mendapat pelbagai reaksi daripada tetamu yang hadir memandangkan rata-ratanya menyatakan harga barang tidak turun walaupun sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Sumber : Astro Awani.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a