Header Ads

Memori Usia 10 Tahun Lepas Tak Sangka Justin Trudeau Jumpa Dr Mahathir.


Sambutan ulang tahun ke-93 kelahiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini lebih istimewa apabila tahun ini beliau bergelar Perdana Menteri buat kali kedua sekaligus memegang rekod sebagai perdana menteri paling tua di dunia.

Masih segak seperti orang muda, beliau tidak pernah mengenal penat sejak bergelar perdana menteri buat kali kedua selepas kemenangan kerajaan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum lalu.

Banyak ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran yang disampaikan kepada Dr Mahathir mula dilihat di media sosial sejak beberapa hari lalu, malah setem khas edisi terhad sempena ulang tahun ke-93 perdana menteri juga dikeluarkan pada Selasa.

Sempena hari penuh bermakna ini, antara yang menarik perhatian netizen adalah gambar yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi Dr Mahathir @chedetofficial pada Isnin malam, iaitu beberapa jam sebelum beliau mencecah usia 93 tahun.

Ia merupakan hadiah berupa cenderamata yang diterima daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Julia G. Bentley. Dr Mahathir menerima kunjungan Julia di Putrajaya pada minggu lalu.

“Cenderamata yang menarik daripada Julia G Bentley – gambar nostalgik bersama perdana menteri Kanada ketika itu, Pierre Elliott Trudeau dan anak lelakinya, Justin Trudeau pada 1982,” menurut status berkenaan.

Gambar tersebut menunjukkan Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri yang keempat bersalaman dengan Justin yang ketika itu baru berusia 10 tahun.

Ketika itu, Dr Mahathir ditemani oleh Menteri Hal Ehwal Luar, Tan Sri Ghazali Shafie dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amar Dr Sulaiman Daud. 



Signifikannya sudah tentu momen perdana menteri bersama Justin yang kini merupakan perdana menteri Kanada sejak 2015.

Malah, Justin, 46, yang kini menjadi Perdana Menteri Kanada ke-23 merupakan perdana menteri kedua paling muda dalam sejarah Kanada.




Sumber : mStar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a