Header Ads

Menu Baru 'Burger Buaya' Di Kucing, Hidangan Paling Unik Dan Pelik Buat Orang Ramai Terkejut

Melintas sahaja gerai di Festival Makanan Kuching 2018 ini, semua pengunjung pasti tergamam melihat seekor buaya yang sedang dibakar.

Namun, inilah hidangan yang paling unik dan menjadi tarikan di pesta makanan terbesar bandaraya Kuching pada tahun ini.

Hidangan pelik ini dikenali sebagai Kompia Buaya (roti tradisional masyarakat Foochow berintikan daging buaya).

Menurut penjualnya, Jackie Ling, sejak hari pertama Festival Makanan Kuching 2018 diadakan pada 27 Julai, semua pengunjung yang lalu di gerainya terkejut namun akan singgah sama ada untuk melihat menu 'rare' ini pada jarak dekat.

Katanya, bagi pelanggan bukan Islam, ramai juga yang mencuba Kompia Buaya yang dijualnya pada harga RM10 untuk tiga keping.



"Ada orang suka, ada juga yang takut sebab kali pertama melihat seekor buaya depan mata.

"Tetapi, ramai juga yang teruja untuk mencubanya," katanya dalam satu temubual bersama mStar Online.

Jackie, 28, yang kali pertama menjual Kompia Buaya juga tidak menyangka ia menjadi rebutan pengunjung dengan 300 hingga 450 keping roti mampu dijual setiap hari.

Jelasnya, Kompia Buaya adalah menu 'ala burger' tetapi daging buaya sedikit keras dan teksturnya seperti daging di bahagian dada ayam.

"Semasa Festival Makanan Kuching tahun lepas, saya ada juga jual daging buaya tetapi ia digoreng.

"Kali ini, saya cuba jual Kompia Buaya pula dan tidak sangka, begitu ramai orang menyukainya," katanya sambil memberitahu spesis buaya yang digunakan untuk hidangan ini adalah buaya air masin atau Crocodylus Porosus.



Bagaimanapun, timbul isu apabila sesetengah pihak mempersoalkan bagaimana Jackie boleh secara terbuka menjual daging buaya dan dari mana dia mendapatnya, sama ada secara sah atau sebaliknya.

Menurut pegawai Jabatan Hutan Sarawak yang enggan mendedahkan identitinya, sesiapa yang menjual daging reptilia dilindungi sepenuhnya itu boleh didenda RM1,000 atau penjara satu tahun.


Justeru, Jackie menjelaskan buaya yang diperolehinya adalah secara sah malah dia juga mempunyai lesen yang diluluskan oleh Jabatan Hutan Sarawak.

Sumber : Mstar Online.
FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=ML559aF4eKw&t=1s

No comments

Powered by Blogger.
a