Header Ads

"Mereka Luar Biasa. Kanak-Kanak Normal Takkan Mampu Buat Cave Diving Pada Usia 11" - Penyelaman,Ivan Karadzic


Penyelam, Ivan Karadzic menganggap misi menyelamat ini adalah yang paling gila pernah beliau sertai.

Misi menyelamat mangsa Gua Tham Luang boleh dianggap sebagai yang paling hebat pernah berlaku dalam sejarah peradaban manusia.

Dengan 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih terperangkap di dalam gua yang banjir teruk, bekalan oksigen semakin berkurang, dan hujan lebat pula bakal menimpa, segalanya tampak amat mustahil.


Namun, kegigihan dan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para penyelamat, sukarelawan, askar, dan semua yang terlibat terbukti mampu mengubah segalanya.

Malah, seorang penyelamat warga Denmark, Ivan Karadzic menggambarkan misi ini luar biasa.

Ivan ditempatkan berdekatan dengan laluan sukar kira-kira separuh jalan di dalam gua, dan tugasnya adalah untuk menggantikan tangki oksigen dan membantu pasukan penyelamat menerusikan perjalanan.



"Mereka terpaksa melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kanak-kanak sebelum ini," kata Ivan.

"Tidak normal untuk kanak-kanak melakukan cave diving pada usia 11 tahun."

Bukan setakat menyelam dalam gua yang gelap gelita, mereka juga perlu melakukannya dalam persekitaran yang sangat berbahaya.

"Mereka menyelam dalam sesuatu yang dianggap persekitaran yang sangat berbahaya dengan kadar penglihatan sifar.

"Satu-satunya sumber cahaya yang ada di dalam gua ialah cahaya lampu picit yang kami bawa bersama. Jelas sekali kami takut dan risau jika berlaku sebarang panik dari penyelam," katanya.

Walaupun telah terperangkap selama dua minggu, kanak-kanak itu dilihat begitu tenang dan langsung tidak panik. Malah, mereka masih mampu tersenyum. Ketenangan kanak-kanak itu membuatkan Ivan bingung.


"Saya tak faham bagaimana mereka boleh kekal tenang.

"Memikirkan keadaan mereka terperangkap di dalam sebuah gua kecil selama dua minggu, dan tidak dapat melihat ibu mereka, kanak-kanak ini memang luar biasa kuat, hampir sukar dipercayai," kata Ivan lagi.

Bila ditanya apa reaksi beliau apabila salah seorang kanak-kanak itu mendekatinya, Ivan menjawab, "Saya sangat takut."


"Saya sangat takut kerana apabila saya melihat penyelam dan kanak-kanak itu dari jauh, saya masih tidak tahu sama ada ia adalah mayat atau seorang kanak-kanak.

"Jadi, saya sangat takut, rasa sangat tidak baik.

"Tetapi apabila saya melihat dia masih hidup dan bernafas, saya berasa baik semula," jelas Ivan.

 

Sumber : Says News.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a