Header Ads

'Naya Kena Merokok' - Nad Zainal Dedah Kenapa Dia Merokok.....


Nad Zainal memberi penjelasan di media sosial mengenai aksinya merokok di hadapan komputer riba untuk mengelak dikecam netizen.

Dalam satu status yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya hari ini, Nad memberitahu video dia merokok itu adalah aksi ketika penggambaran telefilem terbaru lakonannya berjudul Luwak Kretek.

"Naya kena merokok, sebab i benci bau rokok, i tak merokok guys.. sebelum kena kecam baik bagi tau," katanya.

Dalam adegan itu, Nad memakai baju biru, berkaca mata sambil merokok ketika membuat kerja di komputer riba.

Seorang netizen dikenali sebagai kaknurafidah memuji lakonan Nad yang dapat menjiwai watak dengan berkesan.




"Nanad@nad.zainal x merokoklah masa k. nur jd CL d rmhnya selama 2 mggu tu x de tanda2 perokok dlm rmh dia bau asap rokok pun x de yg melekat dlm rmh, itu trpaksa dlm lakonan jer.. lah nmpk mcm realkn!! tulah ciri2 pelakon yg hebat, blh menjiwai apa jua watak," katanya.

Netizen, norizasufian pula menyatakan rasa kagum pada pelakon itu untuk membawa karakter sedemikian.

"Salute... camne u tahan asap rokok... I.cant.breathe.like.that," katanya. 

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a