Header Ads

'Ok Lah Bagi Upah Untuk Pondan Buat Show,Daripada Mereka Melacur' - Safiey Ilias


Susulan majlis rumah terbuka yang dianjur oleh usahawan kosmetik ditegur oleh PU Amin kerana membuat acara tidak senonoh terhadap tetamu jemputan iaitu anak-anak yatim dan pelajar tahfiz, Safiey Ilyas tampil memberi penjelasan ringkas. 

Melalui Instagramnya, Safiey berkata, tindakannya mengupah lelaki berperwatakan wanita membuat persembahan di majlisnya itu lebih daripada membiarkan mereka melacur. 

Jelas Safiey lagi, dia tidak mahu terlalu memikirkan teguran itu kerana pihak berkenaan tidak mengetahui niatnya. 

"Ok lah bagi upah untuk pondan-pondan buat show. Daripada mereka melacur. Biarlah, niat kita, kita je tahu. Wasalam," tulis Safiey semalam.

"Saya sebak bila tengok anak yatim dan tahfiz ini. Kecil-kecil semuanya. Ini cara saya cari hidayah! Korang boleh cakap apa sahaja tapi saya jalankan amanah setiap pembeli Aurora SX saya sumbangkan pada DSI Empire Charity Programme.

"Saya tak propa! Saya tak gentar orang nak boikot produk saya sebab bagi saya itu tindakan kurang bijak. Nak boikot, boikot saya, bukan produk saya. Rezeki daripada Allah, so buat apa nak takut? Semua dah ditetapkan sejak kandungan 4 bulan dalam perut ibu kita.





"Ada nampak show pondan menari masa bagi sumbangan dekat 200 anak yatim? Biarlah korang nak cakap apa, saya tetap tidak mengalah membantu mereka yang memerlukan!

"Saya sedar saya tidak baik, jadi saya buat apa yang saya selalu buat dulu untuk mencari kembali hidayah yang hilang. Semoga Allah terima amalan saya.

"Orang boleh cakap apa sahaja, janji kita tahu apa kita buat dan niat kita! Saya tidak baik, tapi itu bukan sebab saya tidak melakukan kebaikan lain. Doakan saya. Amin. Saya insan jahil," tulisnya.

Terdahulu, PU Amin menyelar tindakan usahawan berkenaan menggunakan khidmat seorang lelaki berperwatakan wanita membuat persembahan di majlis itu sehingga melakukan acara yang tidak senonoh pada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz. 

Dalam kenyataan PU Amin, Safiey tidak sepatutnya 'melacurkan' anak yatim dan anak tahfiz untuk membuang najis yang telah dibuat oleh Safiey. 



Saya sebak bila tgok anak yatim dan tahfiz ni . Kecik2 semua nya . Ini cara saya cari hidayah!! Korang boleh cakap apa sahaja tapi saya jalankan amanah setiap pembeli Aurora SX saya sumbangkan pada DSI EMPIRE CHARITY PROGRAMME . Saya tidak propa !!!!! Saya tak gentar org nak boikot produk saya sebab bagi saya itu tindakan kurang bijak . Nk boikot , boikot saya bukan produk saya . Rezeki drpd Allah so buat apa nk takut ? Semua dh ditetapkan sejak kandungan 4 bulan dalam perut ibu kita . . . Ada nampak show pondan menari masa bg bg sumbangan dkt 200 anak yatim ?? . . Biarlah korg nk cakap apa saya tetap tidak mengalah membantu mereka yg memerlukan ! . . Saya sedar saya tidak baik jadi saya buat apa yg saya selalu buat dulu untuk mencari kembali hidayah yg hilang . Semoga Allah terima amalan saya . . . Org boleh cakap apa sahaja janji kita tahu apa kita buat dan niat kita !!! Saya tidak baik , TAPI ITU BUKAN SEBAB SAYA TIDAK MELALUKAN KEBAIKAN LAIN . . . Doakan saya . Amin . Saya INSAN JAHIL . . . @Auroraofficial_Hq #dsiempire #aurorasxpremium #aurorarosehip
A post shared by SAFIEY ILLIAS (@safieyillias94) on



Open House Safiey Ilyas . Jemput beratus anak yatim . Jemput pelajar tahfiz . Tapi ada acara laga tetek kat kepala tetamu . Ya Rabb !! Selamatkan Kami Ya Allah !!.. . Jangan lacurkan anak yatim dan anak tahfiz . Jangan gunakan mereka sebagai bahan istinjak untuk membuang najis yang kau buat . Mereka bukan bahan istinjak . Memang lah bila dijemput mereka akan datang , tapi apa kejadah nya ada benda benda ni ?.. . Sebab itu dengan posting ini dapat menjawab ‘ Kenapa PU Amin tak datang ke Open House Safiey Iliyas ? ‘.. . Biar korang benci aku , ini cara aku menyampaikan kebenaran . Kang aku buat video korang kata aku macam budak dadah punya bahasa , so aku tulis je ni. Kata Quran : Batil akan hancur dengan kebenaran ! . Petang jemput anak yatim anak tahfiz , malam pulak maksiat bermula ! Gila !.. . Ada satu lagi , Sekarang jadi trend gila gila . Buat bisnes tak fikir halal haram . Cara promosi tak fikir halal haram . Last last buat doa selamat , kenduri kendara panggil anak yatim , panggil budak tahfiz . Fuhh mudah nya kau nak tipu malaikat ?? Check Mate Bro ! #Boikot #Boikot #Boikot #Transgender #Boikot2Jantina #BoikotHaram #JulangHalal
A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Sumber : Syafiey Ilias.

-www.kakishare.tv
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a