Header Ads

Oppo Find X Direka Fullscreen Dengan Kamera Slide Pasti Membuatkan Anda Teruja



Kepada semua peminat telefon pintar atau mereka yang sedang mencari telefon baru KS ingin suggestkan kepada korang untuk cuba OPPO Find X. Edisi baru kali ini pasti akan membuatkan korang ternganga !!

Kenapa KS kata macam tu? Sebabnya keluaran terbaru dari OPPO Malaysia ini lebih style, elegan dan moden. Ia direka dengan fullscreen dan sedikit melengkung di bahagian sisi skrin. Korang nak tahu tak? Skrin di hadapannya penuh tanpa ada notch dan ia memiliki nibah skrin sebanyak 93.8%.

Rekaan yang unik dan elegan ini pula memiliki paparan OLED berukuran 6.42 inch. Ia direka dalam dua warna kecerunan yang berbeza iaitu Bordeaux Red dan Glacier Blue.


Selain itu pula, OPPO Find X ini pula memiliki dwi kamera belakang dan kamera hadapan yang tersembunyi.. Jadi macam mana kamera OPPO Find X ini berfungsi ?


Ia akan berfungsi apabila bahagian atas telefon ditolak keluar secara automatik apabila anda unlock atau hendak mengambil gambar dan tertutup sendiri kalau dah tak menggunakannya. Sebanyak 300,000 kali ujian dijalankan untuk memastikan tahap ketahanan kamera jika berulang kali dikeluarkan, jadi korang tak perlu risau nak selfie berapa banyak pun dalam sehari! Dan jangan risau, kalau korang sedang syok tangkap gambar lepastu terlepas pula telefon dari tangan, dengan OPPO Find X, ia boleh mengesan kejatuhan dan kameranya akan tertutup secara automatik.




Kamera ini sangat sesuai untuk mereka kaki selfie dan juga suka tangkap gambar. Sebab OPPO Find X ini memiliki kamera hadapan 25 MP dan dwi kamera belakang 16 MP + 20 MP. Kalau tengok dari segi Megapixel tu dah macam DSLR kan? Memang puas hati lah…

Bukan tu je, OPPO juga menerapkan teknologi 3D Structured Light. Fungsi 3D smart selfie capture dicipta agar wajah kelihatan sangat natural dan real !! Selain itu, pengimbas wajah 3D yang berteknologi struktur cahaya untuk mengesan dengan tepat wajah pengguna membuatkan ianya jauh lebih selamat daripada pengimbas cap jari.

   

Seterusnya, OPPO Find X juga mempunyai ciri menarik seperti 3D Omoji, yang mana pengguna boleh menggunakan apa sahaja gambar menjadi omoji, membuatkan kartun avatar, video dan juga GID. Korang boleh menggunakannya dalam semua aplikasi dan bersembag dengan kawan anda pakai Omoji anda sendiri ! Seronok bukan?

 

Bukan itu je tau.. OPPO Find X ini juga dilengkapi dengan VOOC fast charger yang mana pengecasan pantas 4 kali lebih cepat daripada charger biasa dan ianya melindungi telefon daripada cepat rosak seperti bateri kembang dan sebagainya..

Memang sangat sesuai untuk mereka yang selalu pakai phone tapi phone cepat habis bateri nak cas lama nak tunggu so beralihkan kepada OPPO Find X.


Korang nak tahu tak? Semasa pengumuman bersama semasa pelancaran Find X, OPPO turut melancarkan keluaran khas mereka bersama Automobil Lamborghini yang menggunakan carbon fiber texture berkualiti tinggi yang digunakan meluas dalam pembuatan mereka mereka.

Edisi khas ini juga datang dengan rekaan yang lebih mewah dengan elemen kelajuan dalam bentuk rekaannya. Fungsi yang sama seperti Find X tapi ditambah dengan ciri unik iaitu pengecasan pantas yang hanya memerlukan 30-35 minit untuk pengecasan penuh yang dipanggil superVOOC flash Charge sempurna untuk menggambarkan kelajuan dalam rekaan telefon pintar yang berkolaborasi dengan industri automobil.

Ini membuatkan para pengguna merasai pengalaman yang sangat luar biasa dan pertama seumpamanya apabila menggunakan telefon pintar ini.

Untuk Pre order, anda boleh membuat tempahan di http://bit.ly/PreorderFindX dan Olike smart band akan menjadi milik anda secara percuma!

Ingin membeli secara langsung? Klik disini http://bit.ly/OPPOconceptstore untuk melihat OPPO Concept store yang berhampiran dengan anda.

No comments

Powered by Blogger.
a