Header Ads

Pekerja Tidak Pakai Baju Dan Mengaru-garu Di Bandar Puteri Klang



Telah tular sejak 9 julai yang lalu seorang krew atau kakitangan sebuah restoran 24 jam tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan bahan makanan.

Ini selepas satu buah klip video telah dimuat naik oleh Shazwan Shafiq. Kejadian tu dikatakan berlaku di sebuah restoran di Bandar Puteri Klang.

"Minta tolong sebarkan. Kejadian berlaku di NZ Corner di Bandar Puteri Klang. Berjaga-jaga makan di kedai bangla ini. Minta pihak berwajib pantau hal ini. Info dari group WhatsApp," tulisnya.

"Korang makan roti canai yang sedap tu haa, dia dengan bogelnya, dengan tak pakai bajunya, garu-garu.. Dekat NZ Corner," kata individu yang merakam video tersebut dari dalam kereta.

Selepas video itu viral, Sinchew melaporkan, anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah melakukan pemeriksaan dan mendakwa restoran tersebut telah melakukan kesalahan dan tindakan akan dikenakan terhadap pengusaha restoran terbabit.



Sementara itu di media sosial, netizen kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak pengusaha restoran yang tidak memantau kakitangannya sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna.

"Damn digusting! Patutlah sedap dan ramai yang makan di mamak. Tak payah pakai pelaris. Pakai bulu dan peluh dah boleh," sindir netizen.

No comments

Powered by Blogger.
a