Header Ads

Pendarahan Dalam Otak Dan Retakan Dikepala Punca Kematian 'Anak Syurga' Adam Rayqal.


Punca kematian bayi malang, Adam Rayqal dipercayai akibat ‘head injury due to blunt force trauma’ atau trauma di kepala kerana hentakan menggunakan objek tumpul. Malah, borang sebab kematian mangsa turut dikongsi menerusi media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, mendedahkan punca kematian bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, adalah disebabkan kecederaan di bahagian kepala, lapor Berita Harian. 

Terdahulu, rakyat Malaysia yang terkejut dengan insiden berkenaan merakamkan rasa pilu apabila kelibat ibu bapa yang memangku jasad berusia lima bulan itu yang dibaluti kain batik, saat melangkah keluar daripada Institut Perubatan Forensik Negara selepas proses pengurusan jenazah selesai.

Jenazah Adam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu. Turut mengiringi perjalanan mereka ialah tiga lagi kenderaan milik ahli keluarga.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat mangsa  menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya. Namun polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu berlaku.

"Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa. 

"Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi kita masih siasat perkara ini," katanya. 



Mayat mangsa dibedah siasat sejak jam 9.45 pagi tadi sehingga jam 1 tengah hari di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. Laporan bedah siasat itu sekali gus menafikan keterangan awal suspek yang sebelum ini yang menyatakan mangsa tersedak susu. 

Fadzil berkata, pada hari kejadian suspek juga mengasuh dua lagi bayi lain. Tetapi diserahkan semula kepada ibu bapa mereka. 

"Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.





"Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan," katanya.

Sumber: Kosmo Online / Bernama dan Berita Harian.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a