Header Ads

"Perempuan sundal! Kau keluar!!!" - Isteri Mengamuk Bila Nampak Suami Curang Keluar Dengan Perempuan Simpanan.


Seorang lelaki bersama isteri dan perempuan simpanannya dibawa ke balai selepas ketiga-tiga mereka bertengkar di tempat awam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, lapor Daily Mail. 

Klip video rakaman kejadian di Nanjing, China itu menunjukkan si isteri yang berang melompat ke atas bonet kereta hitam jenama Audi milik suaminya selepas mendapati lelaki itu keluar bersama perempuan simpanannya.

Berdasarkan klip video tidak bertarikh itu, si suami cuba meneruskan pemanduan di jalan yang sibuk itu, sementara isterinya tetap duduk di bonet depan dan memukul cermin kereta sehingga pecah.

Si isteri juga berulang kali menjerit, "Buka pintu! Keluar dari kereta! Tangkap perempuan sundal tu!" 

Namun jeritannya itu tidak diendahkan oleh suami dan terus memandu biarpun kejadian itu disaksikan oleh orang ramai. 

"Perempuan sundal! Kau keluar!!!" jerit si isteri. 

Sehinggalah satu ketika, lelaki itu mengambil keputusan untuk berhenti dan keluar dari kereta untuk mendiamkan isterinya. Namun dia gagal berbuat demikian dan dipukul serta ditampar isterinya berulang kali. Sementara itu, perempuan simpanan berkenaan duduk di dalam kereta memerhatikan kejadian itu. 



"Abang kata abang nak beli rumah untuk saya! Baru semalam kita cari rumah bersama. Hari ini abang bersama dengan perempuan lain!!" 

Dalam klip video itu juga menunjukkan si isteri sempat menarik rambut perempuan itu dan langsung tidak mahu melepaskannya walaupun seketika. Si suami cuba menghalang, tetapi tidak berdaya berbuat demikian. 

Lapor Shanghaiist, pasangan suami isteri berkenaan telah lama mendirikan rumah tangga. Selepas berjaya membuka perniagaan bersama, si suami yang sudah kaya mencari pula perempuan lain untuk dijadikan perempuan simpanan. 

Susulan viral klip video kejadian itu, netizen di China muka menyiasat dan mencari maklumat mengenai perempuan muda itu termasuk akaun WeChat, nombor telefonnya yang kemudian didedahkan di media sosial. 

FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=fksCejHBnes&t=4s

No comments

Powered by Blogger.
a