Header Ads

"Sejuk Ya Dalam Peti Tu,Tak Pe Sayang Nanti Masuk Syurga Semua Indah Yang Adam Dapat'


Bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, lima bulan, ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Katanya, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Nakhoda.

Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan bayi berkenaan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya, petang semalam.

Bapa bayi itu, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, turut memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.



Kronologi :

1. 6.30 petang : Bayi Adam Rayqal di laporkan oleh pengasuh, telah diculik oleh seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada bayi.

2. Pukul 9.00 malam : ibu dan bapa kandung Adam Rayqal telah membuat laporan polis akan kehilangan Adam Rayqal.

3. Pukul 11.00 malam : polis telah pergi ke rumah pengasuh kerana terdapat keraguan di dalam keterangannya. Polis menemui mayat Adam Rayqal di dalm peti ais bahagian dingin beku.

4. 2.30 pagi : keluar berita bahawa Adam Rayqal telah meninggal dunia dan ditemui didalam peti ais di rumah pengasuh.

Berkata benar biarpun pahit dari berbohong. Bukan saja didakwa cuai hingga menyebabkan kematian, tetapi turut didakwa telah membuat laporan palsu.

 

Sumber: Harian Metro.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a