Header Ads

'Salah Saya. Kalau Dulu Saya Suka Cari Nama Sendiri di Laman Sosial' - Haqiem Rusli.


Nama Haqiem Rusli memang panas sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi selepas pelancaran single terbarunya yang berjudul Selamat Tinggal Sayang.

Di sebalik kehidupan penuh glamour yang dilaluinya, Haqiem mengakui dirinya selalu berasa tertekan gara-gara suka melayari laman sosial.

Dulu penyanyi ini suka membuat carian nama sendiri di Twitter dan disebabkan itu banyaklah dia terbaca komen negatif mengenai dirinya.

"Salah saya. Kalau dulu saya suka cari nama sendiri di Twitter dan baca komen orang tentang saya. Dalam masa sama, saya ambil serius.

"Bagaimanapun saya tidak akan memadam laman sosial dan akan terus berkongsi maklumat dan perkembangan terkini saya," katanya kepada Portal Xtra.

Namun sekarang dia lebih tenang dalam berdepan dengan kritikan netizen.



“ Saya tak mahu lagi fikir situasi lepas dan dalam usaha menjadi individu yang lebih baik.

" Saya kini lebih tenang."

"Buat masa ini saya kurangkan aktiviti pentas dan banyak menghadiri program bual bicara mengenai isu depresi.” 

Baguslah macam tu. Diharap lepas ini akan menjadi lebih matang ya. 



Sumber : xtra
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a