Header Ads

Salahkan Cikgu Sekolah Gara-Gara Dapat 7G 2E,Instafamous Ini di kecam teruk


Pada tahun ini sahaja kita sering mendengar isu permasalahan akhlak pelajar yang semakin menjadi-jadi, tidak kira di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah sehingga menjadi topik utama berita.

Dahulu murid akan mengelak daripada bertembung dengan guru kerana perasaan takut dan hormat yang terlalu tinggi tetapi lain pula yang berlaku pada hari ini, apabila anak murid buat salah, ditunding jari terhadap guru.

Inilah yang berlaku pada seorang instafamous yang lebih dikenali sebagai @ieka.tajudin di media sosial yang telah mengatakan dia bakal mengambil homeschooling kerana sikap guru di Sekolah Menengah Setia Alam sangat teruk menerusi Insta Live miliknya.

Video pelajar berusia 17 tahun itu telah menjadi tular selepas dirakam melalui skrin telefon dan dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang lain.

Perangai biar elok…



Berikutan posting tersebut, ramai pengguna media sosial tidak berpuas hati dan telah mengecam gadis tersebut dengan mengatakan ilmu yang dia diperolehi tidak akan diberkati sekiranya tidak menunjukkan rasa hormat terhadap guru.

7G rupanya!

Malah dengan kelebihan internet zaman sekarang, keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar tersebut telah didedahkan dan disebarkan ke laman media sosial.




 


Sumber : Twitter.
FACEBOOK KIM SKIN




https://www.youtube.com/watch?v=fksCejHBnes&t=3s

No comments

Powered by Blogger.
a