Header Ads

Sebelum Berlaku Kecederaan Dan Kemalangan,Dinasihatkan Anak Muda Hentikan Tarian 'Keke Challenge'


POLIS menasihatkan warga tempatan termasuk anak muda untuk berhenti melakukan tarian ‘Keke Challenge’ di kawasan jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, konsep ‘beringat sebelum terkena’ perlu diterapkan dalam diri masing-masing bagi memastikan aksi individu terbabit tidak menyebabkan kemudaratan seterusnya mengakibatkan kecederaan dan kemalangan.

“Setakat ini, kita masih tidak menerima sebarang aduan selain laporan kemalangan membabitkan aktiviti itu di sekitar ibu negara.

“Namun, polis mahu ingatkan orang ramai untuk berhenti melakukan tarian itu di jalan raya. Ia dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan,” katanya pada NSTP, hari ini.

’Keke Challenge’ memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak, seterusnya menari mengikut alunan lagu, In My Feelings yang dinyanyikan Drake.

Tarian itu dicetuskan pelawak, Shiggy menjadi ikutan apabila rakaman video yang dimuat naiknya meraih lebih lima juta tontonan dalam tempoh singkat.

Ia terus meledak selepas selebriti seperti Will Smith dan Ciara turut meniru aksinya.

Kegilaan baharu yang tular di media sosial itu bukan hanya popular di luar negara, malah ramai artis tempatan turut menunjukkan aksi mereka dalam pelbagai gaya.

Sumber : Harian Metro
FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=ML559aF4eKw&t=1s

No comments

Powered by Blogger.
a