Header Ads

'Syurga Buatmu Sayang' - Selebriti Turut Kongsi Kesedihan Kes Adam Rayqal.

Sejak semalam, tragedi yang menimpa bayi lelaki berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi menjadi topik hangat yang dibincangkan di laman sosial.

Pada mulanya, Adam dilaporkan hilang diculik sebelum dijumpai mati di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor.

Mayat Adam ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.Lebih menyayat hati, bayi malang itu disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu.

Selebriti tempatan juga turut berkongsi rasa kesal dan sedih mereka berkenaan peristiwa tersebut.


Penyanyi dan pelakon Farahdhiya berkongsi perasaan mengenai kes tersebut menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

"I'm so gonna take care of my own kids one day even if I have to drag them to work tak kisah lah coz I'm so not gonna leave them in any rumah pengasuh, FULLSTOP! #banyakoranggila," tulis Farahdhiya.



Sementara itu, pengacara dan pelakon Fizo Omar turut meluahkan perasaan berkenan isu tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram.

Selebriti lain seperti Lisa Surihani dan Wany Hasrita turut berkongsi rasa yang sama menerusi Instagram Stories mengenai kes yang menimpa Adam Rayqal. 





Sumber : Astro Awani.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a