Header Ads

'Terbakar Juga Muka Laki Aku' - Rosmah Takut Muka Najib Nyaris Disambar Api.


Muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nyaris terkena percikan bunga api ketika kejutan sambutan ulang tahun ke-65 beliau di Bangunan Parlimen, hari ini.

Ketika beliau diminta meniup bunga api di atas kek yang terpapar gambar wajahnya, bunga api yang dinyalakan tiba-tiba terpercik deras dan hampir menyambar mukanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu sempat mengelak daripada terkena percikan api tersebut.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sempat berpesan kepada tetamu yang menyalakan bunga api itu agar lebih berhati- hati.

"Terbakar juga muka laki (suami) aku," pesan Rosmah sambil memegang bahu tetamu itu.

Najib tidak panik malah ketawa besar dengan situasi itu.

Pada akhir upacara tersebut, Rosmah tidak melepaskan peluang menyuap sepotong kek kepada suami tercinta.


"Saya ucapkan yang terbaik untuk beliau dan juga untuk keluarga kami.

"Saya mahu anda semua tahu bahawa keluarga sangat menyayangi beliau dan kami percaya beliau di pihak yang benar," katanya.

Sumber : Astro Awani.
FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=8yXZJ6tZwzw

No comments

Powered by Blogger.
a