Header Ads

'Terbukti Kita Ada Ruang Di Malaysia Baru,Hari Ini Kejayaan Semua Anak Muda Di Luar Sana' - Syed Saddiq


Semalam baru saja berlangsungnya majlis sumpah jawatan menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara. Apa yang menarik perhatian netizen adalah YB Syed Saddiq telah diangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan pada usia yang sangat muda!

Dia juga rasa terharu akan jawatan dan tanggungjawab yang digalas ketika ini. Tambahnya pula, dia menyifatkan kerajaan baru ini membuka ruang untuk belia sama-sama membuat perubahan demi negara tercinta.


"Sukar ingin diungkap perasaan saya detik ini. Amanah yang digalas sangat besar. Rasa kerdil berbanding anggota-anggota kabinet lain yang lebih senior, namun pada masa yang bangga kerana berjaya memecah siling kaca perwakilan anak muda dalam barisan kepimpinan Negara."

"Harapan saya mudah, semoga sejarah yang tercipta ini membuka pintu kepada anak-anak muda lain untuk turut serta dalam memacu hala tuju tanah air. Ikrar saya ialah untuk terus berada di sisi dan bekerja tanpa lelah untuk semua anak muda termasuklah golongan marjinal yang selalu tersisih."


"Mandat yang diberi hanya terlaksana dengan sempurna jika kedudukan anak muda diperkasa. Semua akan ada tempatnya — tanpa mengira agama, kaum, gender, keupayaan atau pegangan politik.

Hari ini ialah kejayaan semua anak muda di luar sana, terbukti kita ada ruang di Malaysia Baharu ini. Selepas ini, #YouthPower bukan lagi retorik, ia realiti.

I look forward to working for the Youth & sports of our beloved country, Malaysia."



Sumber : Syed Saddiq.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a