Header Ads

(Video) Penyelamat Kongsi Kisah Detik Cemas Yang Berlaku Pada 13 Mangsa Terperangkap Dalam Gua.


12 orang pemain bola sepak kelab Wild Boar FC yang sebahagiannya terperangkap sehingga 18 hari di dalam Gua Tham Luang dilihat ceria dalam satu rakaman, kali pertama didedahkan sejak operasi menyelamat tamat semalam.

Rakaman di dalam hospital tersebut menunjukkan beberapa pemain mengangkat tangan melambai-lambai ke arah kamera, dengan semuanya memakai topeng muka dipercayai berada dalam satu bilik rawatan terasing di di sebuah hopital di Chiang Rai, Utara Thailand.

Empat mangsa terakhir dengan seorang jurulatih, yang terperangkap di dalam kompleks gua tersebut selama 18 hari, dibawa keluar menggunakan pengusung pada penghujung hari ketiga operasi.

Kesemua mangsa dilihat tenang dan ceria walaupun terperangkap dalam gua yang terasing, gelap dan terpaksa mengikuti operasi menyelamat berbahaya yang sesetengah pihak menganggap ia ”Misi Mustahil”.

Beberapa jururawat juga kelihatan berbual-bual dengan beberapa orang mangsa dan ada dalam kalangan pemain-pemain menunjukkan simbol hormat orang-orang Thai – kedua-dua tangan dirapatkan dan kepala direndahkan sedikit.

Video yang sama juga menunjukkan beberapa orang ibu bapa sebahagian mangsa yang masih tidak dibenarkan bertemu dengan anak meraka atas kebimbingan jangkitan penyakit keliahatan menangis dan melambai-lambai daripada luar bilik tersebut.



Rakaman tersebut didedahkan oleh Ketua Operasi Penyelamat, Narongsak Osottanakorn, dalam satu sidang media. Beliau turut menganggap bahawa kesemua mangsa sebagai wira atas keberanian yang ditunjukkan oleh mereka.

”Jangan risau dengan keadaan kesihatan mereka, sama ada fizikal atau mental,” kata Chaiwetch Thanapaisal, Pengarah Hopsital Prachanukroh, Chiang Rai.

Melalui sidang media yang sama juga, pasukan penyelamat memberitahu bahawa berlaku sedikit perubahan dalam pelan meyelamat yang dirangka sebelum ini.

Katanya, aturan kedua-dua belas mangsa yang hendak dikeluarkan sebenarnya ditentukan oleh jurulatih mangsa,  Ekaphol Chantawong, 25, yang turut terperangkap di dalam gua tersebut.

Laporan media sebelum ini meneybut bahawa strategi pasukan penyelamat adalah untuk mengeluarkan mereka yang lebih kuat dengan kesihatan lebih kuat terlebih dahulu. Namun pelan tersebut terpaksa diubah selepas pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh seorang doktor yang turut terlibat dalam operasi tersebut.

Pakar perubatan tersebut mengesahkan bahawa mungkin ada mangsa yang tidak akan selamat kecuali jika dibawa keluar terlebih dahulu.





”Saya tidak bertanya kepada jurulatih mereka kenapa dia membuat aturan sebegitu. Dia yang menentukan segalanya,” kata Komender Pasukan Khas Navy SEAL Thailand, Rear Adm. Apakorn Youkongkae.

Seorang lagi anggota penyelamat daripada Amerika Syarikat memberitahu bahawa operasi menyelamat itu sangat bahaya kerana mangsa yang tiada pengalaman selaman gua terpaksa menyelam dalam keadaan gelap dengan sifar penglihatan.

Derek Anderson yang merupakan pakar penyelamat daripada Tentera Udara Amerika Syarikat memberitahu bahawa dalam sesetengah bahagian kompleks gua tersebut, mangsa dipakaikan dengan jaket memanjat (harness) untuk melalui kawasan berbatu.

”Gua itu masih kering ketika kami sampai, namun dalam tempoh sejam, hujan yang turun telah menyebabkan paras air di dalam gua naik sehingga 2 dan 3 kaki, memaksa kami keluar daripada kompleks gua tersebut,” kata Anderson lagi.

”Apa yang saya maksudkan itu berlaku di bahagian masuk gua dan ketika itulah, kami mula menyedari bahawa operasi menyelamat ini akan menjadi lebih sukar daripada apa yang kami bayangkan,” katanya.

Pasukan penyelamat yang diketuai Thailand itu membuat keputusan untuk mengeluarkan mangsa setelah laporan cuaca meramalkan keadaan hujan yang sederhana pada hari operasi, walaupun ketika itu keadaan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan lemah selain tidak berpengalaman dalam aktiviti selaman.

Selain itu, pasukan penyelamat yang menggunakan pam air besar untuk mengepam keluar air daripada beberapa bahagian juga membantu operasi menyelamat itu apabila air yang dibawa keluar telah mewujudkan ruang untuk udara, yang sangat diperlukan oleh pasukan penyelamat yang bertugas di dalam gua tersbeut.

‘‘Paras oksigen yang semakin menurun, risiko penyakit dan jangkaan hujan lebih lebat dan air lebih banyak memasuki ruang gua tersebut, ia bermakna peluang untuk semua mangsa bertahan dengan selamat di dalam gua tersebut semakin berkurang, atau mungkin mustahil,” tambah Anderson.

Anderson turut mendedahkan bahawa kesemua anggota penyelamat yang bertugas sebagai penyelam berlatih di dalam sebuah kolam dengan menggunakan ‘mangsa’ sebenar. Mereka dibantu oleh beberapa orang kanak-kanak yang mempunyai saiz dan ketinggian hampir sama dengan kesemua mangsa yang bertindak sebagai ‘mangsa’ dalam latihan tersebut.

Operasi menyelamat itu mengambil masa berjam-jam lamanya bagi setiap mangsa, melalui terowong dengan sesetengahnya sekadar muat-muat untuk seorang orang dewasa melaluinya.

Selain itu katanya, pasukan penyelamat penyelam turut membawa beberapa alatan lain seperti Kit Bantuan Kecemasan, sut skuba, kod bungee dan topeng khas untuk mangsa.

Penggunaan topeng tekanan menurut Anderson sangat-sangat membantu dalam operasi tersebut, sekiranya mangsa menjadi panik atau air memasuki topeng tersebut, tekanan yang wujud akan menolak keluar semula air.

Anderson turut mendedahkan dua operasi awal untuk menentukan kedudukan mangsa menemui kegagalan disebabkan banjir yang memenuhi kompleks tersebut.




”Di dalam kompleks gua seperti ini, anda perlu memasang tali menyelamat. Ia adalah nyawa anda. Anda perlu tahu jalan masuk dan jalan keluar.

”Mereka (pasukan penyelamat) ketika itu menunjukkan kemajuan yang menggalakkan walaupun keadaan gua yang begitu teruk. Tetapi boleh nampak mereka sangat letih, walaupun baru sahaja memasang tali untuk jarak 40 hingga 50 meter,” kata Anderson lagi.

”Dunia perlu tahu bahawa anggota penyelamat ini baru sahaja berjaya melaksanakan operasi menyelamat yang mungkin berlaku sekali sahaja dalam hidup ini.

”Kami sangat-sangat bertuah kerana misi ini berakhir dengan berjaya. Ia sangat penting jika mengambil kira struktur dalaman gua dan berapa ramai daripada kami perlu terlibat untuk menjayakannya.

”Jika anda hilang ketenangan dalam persekitaran seperti ini, banyak perkara buruk boleh berlaku,” katanya.





 

Sumber : Dailymail.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a