Header Ads

(VIDEO) Perkahwinan Musnah Bila Pengantin Lelaki Tidak Hadir, Pengantin Perempuan Tabah Beri Ucapan.


Apa tindakan anda sekiranya ditinggalkan oleh pasangan yang dicintai ketika hari perkahwinan? Mesti ramai yang tidak dapat menahan rasa sedih dan marah ketika itu.

Namun, pengantin perempuan berusia 24 tahun ini tenang mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang pada majlis pernikahannya, walau berat hati menjelaskan pengantin lelaki, wang hantaran serta emas bernilai 300,000 baht tidak akan muncul pada hari bersejarahnya.

Klip video menunjukkan seorang pengantin perempuan berdiri di pentas telah dimuat naik di Facebook, Manow Jutathip Nimnual pada Ahad dan mendapat tontoton lebih dari 5 juta.

Wanita itu mengakui telah melakukan sebaik mungkin untuk merancang majlis perkahwinannya dan sama sekali tidak menjangka ia berlaku sebaliknya.

Wanita yang ditinggalkan bakal suaminya itu turut berterima kasih kepada ibu bapa dan sahabatnya yang membantu memastikan majlis itu berlangsung dengan lancar di Wat Pikoolthong di daerah Muang pada tengahari Ahad.

Sepupunya, Kanyalak Puangmala berkata, Jutathip dan seorang lelaki berusia 20 tahun telah bersetuju untuk bernikah selepas menjalin hubungan dalam masa singkat.

Wanita itu meminta wang belanja kahwin 200,000 baht dan emas seberat enam baht. Permintaan itu kemudiannya dipersetujui pihak lelaki, malah mereka telah mengambil gambar para-perkahwinan dengan mengayakan pakaian pengantin serta mengedarkan 1,000 kad jemputan dan menempah 170 meja untuk menjamu tetamu.

Bagaimanapun seminggu sebelum majlis itu, pengantin perempuan mendapat tahu bakal suaminya mempunyai teman wanita lain, tetapi lelaki berkenaan memberi jaminan akan menangani masalah itu dan akan tetap mengahwininya seperti dirancang.

Sehari sebelum majlis berlangsung, pengantin lelaki memberi alasan tidak dapat menyediakan wang hantaran perkahwinan.

Keluarga lelaki itu pula berkata mereka hanya mampu menyediakan 60,000 baht sahaja dan ia dipersetujui pengantin perempuan.

Pada sebelah petang Sabtu itu, pengantin lelaki tidak dapat dihubung. Tetapi keluarganya pula mengakui telah menghubunginya dan mereka akan menemui pihak perempuan pada pukul 5 pagi, Ahad.

Bagaimanapun, apabila pihak lelaki tidak muncul pada Ahad, pihak perempuan telah meminta pakciknya yang wajahnya mirip bakal suami Jutathip untuk menggantikannya sebagai pengantin lelaki.

Ketika permintaan itu disampaikan, pakcik lelaki itu telah menuntut wang sebanyak 1 juta baht.Pakcik itu kemudiannya menulis nota menyatakan dia sudah beristeri dan tidak akan menggantikan anak saudaranya, manakala wang tunai 1 juta baht itu sekadar gurauan.

Tindakan lelaki itu telah menimbulkan kemarahan keluarga pengantin perempuan, malahan Jutathip bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki itu.





 

Sumber : Bangkokpost
FACEBOOK KIM SKIN



https://www.youtube.com/watch?v=8yXZJ6tZwzw

No comments

Powered by Blogger.
a