Header Ads

Wajah Sikecil Sama Tapi Tak Serupa..


Baru-baru ini, barisan selebriti tempatan juga tidak lupa berkongsi kesedihan dan pandangan mengenai isu luar jangka yang berlaku.

Susulan kematian menyayat hati bayi berusia lima bulan yang mayatnya disumbat di dalam bahagian sejuk beku peti ais di sebuah rumah di Batu Caves.

Terbaru, aktor Syazwan Zulkifly pula berkongsi rasa, tetapi perkongsiannya turut bikin sebak di hati netizen.

“Ramai kenalan dan ahli keluarga saya mengatakan wajah arwah adik #adamrayqal iras2 wajah saya masa kecil..huhuhu…Takziah buat keluarga arwah adik adam. Semoga kuat menghadapi dugaan Allah ini…

“Kepada mereka yang bertanggungjawab keatas apa yang pada arwah, saya berharap mereka dihukum setimpal dengan apa yang meraka lakukan.” tulisnya menerusi Instagram.



Pada masa sama, pelakon versatil ini turut berharap agar tiada lagi insiden yang tidak berperikemanusiaan ini.

“Harapan saya, Jangan la ada lagi perkara yg tiada kemanusian seperti ini berlaku di negara kita ataupun dimana2..Yang membezakan manusia dengan binatang adalah akal fikiran..Alfatihah untuk adik Adam Raykal,” akhirinya.



Sumber : Instagram Syazwan Zulkifly.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a