Header Ads

Adinda Kepada Sultan Pahang,Tengku Ariff Bendahara Pahang Telah Mangkat.


Adinda kepada Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Sultan Abu Bakar, 78, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, di ibu negara pagi Isnin akibat sakit barah.

Adinda kepada Tengku Abdullah, Datuk Seri Sulaiman Sultan Abu Bakar berkata, kekandanya meninggal dunia kira-kira 11.30 pagi Isnin.

“Beliau dibawa pulang ke Pekan untuk disemadikan di Makam Diraja Pekan petang ini,” katanya yang dihubungi Bernama di sini.



Tengku Arif Bendahara adalah bapa mertua kepada mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri  Hishammuddin Tun Hussein.Beliau meninggalkan seorang isteri Puan Sri Habibah Yusof dan tiga anak iaitu Tengku Marsilla, Tengku Bakar dan Tengku Shaheera.



Sumber : mStar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a