Header Ads

Alhamdulillah Semua Jemaah Haji Malaysia di Arafah Terselamat dari Kejadian Ribut



20 Ogos: Alhamdulillah berita yang pasti melegakan rakyat Malaysia apabila Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan bahawa semua jemaah haji Malaysia selamat dalam kejadian ribut di arafah.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh TH mereka berkata kekukuhan struktur binaan rangka khemah yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi antara penyebab tiada kemalangan berlaku.

Menurut ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata semasa kejadian ribut dan hujan itu, pihak bomba Arab Saudi telah mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan para jemaah haji yang berada di Arafah.

Pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan dan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara,” katanya

Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan bekalan elektrik disambung semula secara berperingkat mulai pukul 10.45 malam.

Waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah,” katanya.

Sumber: Bharian

No comments

Powered by Blogger.
a