Header Ads

'Apa yang awak makan, saya makan' - Model Cantik Ini Tidak Segan Punya Teman Lelaki Pemandu Tuk -Tuk


DALAM dunia yang mementingkan material, kisah ini mungkin boleh memberi harapan bahawa cinta tanpa syarat itu masih wujud.

Seorang peragawati popular di Thailand, menjadi bualan netizen di negara itu apabila meluahkan rasa cinta buat teman lelakinya yang sudah lima tahun dikenalinya di Facebook.

Apa yang menarik, biarpun Nutchanart Chaichan, 22 tahun, memiliki kecantikan dan kerjaya yang penuh glamor, namun dia tidak kekok untuk terus mendampingi Wutthichai Saeng-ngern, 25, yang bekerja sebagai pemandu tuk-tuk, dengan pendapatan tidak lebih 500 Baht (RM61) sehari.


Model popular Thailand, Jubjang Nutchanart Chaichan meluahkan rasa cinta buat teman lelakinya yang sudah lima tahun berkenalan di Facebook. Memang tidak dapat dinafikan kecantikan model ini yang sanggup memilih Wutthichai Saeng-ngern, pemandu tuk-tuk di Thailand.

Walaupun, pendapatan pemandu tuk-tuk itu tidak lebih 500 Bath (RM 61) sebulan namun dia tidak kekok untuk terus mendampingi kekasihnya itu.


"Kenapa saya pilih dia? Kami berbeza tetapi kami saling menyayangi. Apa yang awak makan, saya makan. Saya tahu awak sudah berusaha, awak tidak pernah merungut walaupun penat bekerja. Saya bahagia dan bangga."

"Jangan pandang rendah pada mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang besar. Bahagia bukan pada harta. Saya tidak pernah rasa malu mendampinginya. Dia buat kerja yang halal dan jujur."


Jubjang Nutchanart memuatnaik status di laman Facebook miliknya meluahkan rasa cinta terhadap pemandu tuk-tuk itu. Meskipun, jejaka itu sangat bimbang untuk menjalani kehidupan bersama selepas kahwin namun, model popular ini sanggup bekorban kesenangan untuk hidup bersama insan tersayang. Tambahnya lagi, dia turut memahami masa dan kerjaya kekasihnya itu. Kisah ini mungkin boleh memberi harapan bahawa cinta tanpa syarat itu masih wujud.

Sumber: Jubjang Nutchanart, Astro

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a