Header Ads

Bahagian Dalam Kapal Equanimity Kelihatan Mewah Seperti Filem Hollywood,Ini Dia Apa Yang Ada Di Dalamnya....


PELABUHAN KLANG - Bahagian dalaman kapal layar mewah, The Equanimity dihiasi pelbagai kekemasan kayu dan marmar diperbuat dari dalam dan luar negara.

‘Kemewahan’ itu didedahkan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Jeremy Joseph kepada media selepas beliau bersama pasukan khas Jabatan Peguam Negara melakukan pemeriksaan terhadap kapal berkenaan.

Menurutnya, seramai 16 orang daripada pasukan khas itu juga perlu memakai sarung kasut bagi memastikan bahagian dalaman kapal itu tidak calar atau rosak.



“Kami tak dibenarkan memakai kasut sendiri, perlu pakai sarung kasut kerana perlu menjaga marmar dan lantai kapal.

“Keadaan dalam kapal dilihat agak mewah. Ada banyak gabungan kekemasan kayu dan marmar termasuk di bahagian dapur.

“Kekemasan itu gabungan dari dalam dan luar negara. Ada kekemasan yang diperbuat daripada kulit juga. Kapal itu kelihatan cantik, nampak mewah,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan dalam kapal tersebut bersama pasukan khas Jabatan Peguam Negara, hari ini.

Ketika ditanya sama ada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low pernah menggunakan kapal itu, Jeremy memaklumkan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

“Kapten dan krew kapal juga merupakan orang baru. Mereka baru saja tandatangan kontrak pada tiga minggu lepas.

“Kita juga telah mengeluarkan waran kepada kapal tersebu dan bercakap dengan kapten untuk mengetahui apa berlaku melibatkan kapal itu,” ujarnya.




Kapal The Equanimity yang dikatakan milik Jho Low disita sekali lagi di Indonesia pada bulan lepas selepas ia dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semalam, kerajaan Indonesia bersetuju untuk memulangkan kapal itu kepada Malaysia atas permintaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Sumber : Sinar

No comments

Powered by Blogger.
a