Header Ads

Bergelar Haji Dan Hajah Di Usia Muda,Ini Lah 5 Selebriti Popular Antaranya Adalah....


Selalunya kita lihat kebanyakan yang mendapat peluang itu apabila usia menginjak tua. Menunaikan haji merupakan rukun Islam kelima. Sudah menjadi impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah. 

Namun, kegembiraan pastinya dirasai jika berpeluang melakukannya pada usia muda.Ramai yang tidak berpeluang kerana belum cukup wang atau perlu menunggu giliran dipanggil Tabung Haji. Kami senaraikan selebriti popular yang menunaikan ibadah haji pada usia muda.

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza


Penyanyi nombor satu negara ini pertama kali mengerjakan haji pada 2007 ketika berusia 28 tahun ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.

2. Neelofa


Selepas berhijab, pelakon cantik ini semakin mendekatkan diri dengan Allah. Tahun 2016, Neelofa bersama ibunya ditemani selebriti, Vie Shantie Khan menunaikan haji pada usia 27 tahun.

3. Nabil Ahmad.


Lama menyimpan niat mengerjakan haji, Nabil tidak menyangka peluangnya dapat pergi lebih awal apabila menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun 2015 ketika usia 32 tahun.

4. Hafiz Hamidun.


Menunaikan haji pada 2016 ketika usia 32 tahun, Hafiz mengakui belajar menjadi seorang yang lebih kuat dan sabar. Ketika di sana, penyanyi dikenali dengan lagu ketuhanan itu bertemu penyanyi Indonesia, Opick dan pelakon Adi Putra.

5. Mizz Nina.


Mizz Nina atau Shazrina Azman, kini lebih banyak mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan. Pada 2013, Mizz Nina dan suami, Noh Hujan berpeluang menunaikan haji bersama-sama ketika usia 33 tahun.



JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a