Header Ads

'Bila Kad Kahwin Terlalu Mainstream' - Pasangan Ini Gunakan Video Jemput Ke Majlis Kahwin,Memang Rare!

Kad undangan perkahwinan merupakan antara benda penting untuk disiapkan apabila menjelang hari bahagia untuk berkongsi tarikh, masa dan lokasi majlis kepada orang tetamu.

Tapi dengan adanya laman media sosial dan lambakan aplikasi menghantar mesej, rata-rata bakal pengantin memilih untuk mewar-warkan details mengenai majlis mereka menggunakan kemudahan tersebut sahaja.

Terbaru, berbeza pula bagi pasangan pengantin ini apabila memilih konsep video untuk menjemput orang ramai ke majlis mereka yang menjadi tular di laman Twitter.

Video bersifat kreatif dan lain daripada yang lain itu telah dimuat naik oleh Nasrullah Napi yang juga merupakan juruvideo @jumpermotion di laman Facebook dan Twitter miliknya.




“Bila kad kahwin terlalu mainstream, orang hantar video untuk jemput ke majlis,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi kurang satu minit itu kelihatan pasangan Syah Hamizan dan Shakirah Shaharudin mengutip beberapa cebisan kertas yang berterbangan di udara dan menjadikannya sekeping kad undangan perkahwinan.

Wah memang rare habis lah! Kreatif & nampak fresh gitu. Tengok terus je video tu kan, dah tak perlu beli kad banyak-banyak.




Sumber : Nasrullah Napi
-www.kakishare.tv

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a