Header Ads

'BTS Dan PLKN Akan Dimansuhkan Serta Merta' - Syed Saddiq


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan dan disertai oleh pelajar lepasan sekolah menengah.

Terbaru,Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memutuskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan dan akan digantikan dengan program baharu.

"Pemansuhan ini di susuli dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa hadapan (Youth of the Future) yang berwawasan dan tinggi nilai jati dirinya" Katanya dalam sidang media di Parlimen.

"Pengisian program ini dirangka secara holistik dengan menggabungkan aktiviti indoor dan outdoor berimpak tinggi untuk menyerlahkan potensi anak muda sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara."


"Elemen yang diterapkan termasuklah ‘teambuilding’, pembinaan karakter dan integrasi nasional, kenegaraan, jati diri dan sosialisasi politik. Penambahbaikkan ini selaras dengan hasrat KBS yang ingin terus mengangkat suara anak muda dalam landskap Malaysia baharu. Ia akan direalisasi dengan cadangan pindaan umur mengundi dari 21 ke 18 tahun) pada PRU ke-15 nanti.

"Sesi engagement ini mencerminkan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan program ini lebih inklusif, telus dan bebas daripada doktrin politik dan perkauman."


Ini adalah bagi memperhalusi pelaksanaan agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.


Sumber : Sinar Harian Dan mStar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a