Header Ads

"Buat Majlis Solat Hajat 1001 Hajat, Datuk Seri Vida Masih Dikecam Penipu"



Sudah beberapa hari kita dihidangkan dengan berita dan cerita mengenai barangan yang diberikan oleh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kepada juara Gegar Vaganza palsu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida telah menafikan sekerasnya perkara tersebut dan mengatakan bahawa barangan yang diberikan kepada Aishah itu bernilai RM80,000.

Tambahnya lagi barangan itu dibelinya di hongkong dan merupakan barangan kesayangannya sehingga membuatkannya menitiskan air mata semasa ingin memberikan rantai tersebut kepada Aishah.

Perkara ini telah membuatkan netizen marah dengannya kerana telah menipu dengan pemberian barangan fake itu lebih-lebih lagi ianya adalah untuk program yang berprestij tinggi.

Oleh itu, netizen sehingga ke hari ini mengecam tindakannya itu sehingga dalam salah satu posting terbaru di instagram miliknya.

Didalam posting itu beliau mengatakan baru habis daripada melakukan Majlis Solat Hajat 1001 hajat sempena pembukaan Tahfiz Dar Quran DSV.

Tidak kurang hebat ada juga netizen ada juga menasihati orang lain untuk tidak menyokongnya lagi dan seterusnya memberi nasihat supaya berhati-hati dengan produknya yang juga mungkin tiruan...



No comments

Powered by Blogger.
a