Header Ads

"Buat Silap Sekali Memang Orang Benci Saya Dah Lali,Nak Kecam-Kecamlah..Saya Tak Kisah" - Haqiem Rusli


Penyanyi, Haqiem Rusli tampil menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi insiden ‘merampas mic’ baru-baru ini.

Katanya, dia hanya mengikut konsep program dimana penyanyi lagu Tergantung Sepi itu disuruh melakukan watak yang ‘gila-gila’ dan membuat lawak.

“Bagi saya, netizen bercakap kerana tidak tahu konsep program itu, lagi sebelum saya naik ke atas pentas, panel lain pun ada suruh saya pergi betulkan cara nyanyian peserta itu.

“Benda nak fun-fun je tapi tulah bila saya dah pernah buat silap sekali apa yang saya buat selepas itu memang akan orang benci tapi sekarang saya dah lali.

“Saya dah malas, nak kecam-kecamlah…saya dah tak kisah,” katanya.


Haqiem berkata demikian ketika ditemui di majlis Era Media Briefing Session di Talent Lounge, Damansara pada Rabu.

Tambahnya lagi, dia dan peserta itu, Mohd Syamsul Nordin sudah pun berbincang dan segala salah faham telah diperbetulkan.


“Selepas tahu benda itu saya terus DM dia kat Insta sebab jumpa insta dia, dia pun mesej saya panjang dan pengakhirannya kami sama-sama minta maaf. Perkara ini pun dah settle.

“Saya akui sekarang orang ramai tak suka tapi bagi saya janji saya tak kacau orang, mungkin lah ada kesilapan di bahagian saya tapi semuanya saya anggap positif sahaja,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Haqiem kini giat mempromosikan single terbarunya Selamat Tinggal Sayang yang kini sudah mencecah lebih 4 juta tontonan di laman Youtube.


Foto: Era
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a