Header Ads

Gagal Memintas Treler, Wanita Baru Bertunang Jumaat Lalu Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Bas Di Kelantan



27 Ogos: Sepanjang hari perayaan pasti ada nyawa yang menjadi tahuran di jalan raya. Ia seperti lumrah perayaan pasti ada nyawa yang melayang.

KS bukan persoalkan ketibaan ajal namun apakah yang menyebabkan semua kejadian ini berlaku? Terbaru seorang wanita maut dan seorang lagi cedera apabila cubaannya memintas treler gagal.

Kejadian yang bertembung dengan sebuah bas ekspress di Kilometer 23, Jalan Gua Musang- Kuala Krai, Gua Musang Kelantan semalam.

Manakala pemandu bas dan 44 penumpang lain dikatakan selamat. Menurut Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata kejadian itu berlaku pada pukul 6.15 pagi semalam.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Persona yang dipandu mangsa, Nur Syazwani Mohd Hanapi, 26 tahun dari arah Kuala Krai ke Gua Musang gagal memotong sebuah treler sebelum merempuh sebuah bas dari arah bertentangan.

Kemalangan itu menyebabkan seorang lagi penumpang yang juga adik mangsa, Muhammad Syazwani, 25 tahun cedera ringan.



Menurut adik mangsa, Muhammad Syazwan, 25, berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas kereta jenis Proton Persona yang dinaiki bersama berpusing beberapa kali selepas merempuh bas.

Katanya, dia bertolak dari rumah di Kok Lanas pada pukul 4.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas memandangkan mereka akan mula bertugas hari ini.

"Ia berlaku sekelip mata. Pada pukul 5.50 pagi, saya sedar dan bertanya kepadanya nak solat Subuh di mana. Arwah kata, dia akan berhenti di Hentian Rantau Manis.

"Jadi saya tidur semula dan hanya sedar kereta berpusing. Saya lihat ke kanan, dia sudah tiada di tempat duduk. Arwah tercampak keluar," katanya yang bertugas sebagai anggota tentera darat di Kementah, Kuala Lumpur.

Sementara itu, bapanya Mohd Hanapi Yusoff, 54, berkata, Allahyarham baru sahaja bertunang dengan pilihan hatinya iaitu seorang kontraktor dari Jerteh, Terengganu, Jumaat lalu.

Menurutnya, kereta yang dinaiki Allahyarham juga baru dibeli April lalu dan ini kali kedua dia pulang menaiki kereta tersebut.

"Tiada sebarang perubahan ditunjukkan malah arwah nampak gembira.

"Dia belum menetapkan tarikh perkahwinan, hanya bertunang dahulu. Saya tak sangka, cepat dia 'pergi' meninggalkan kami. Bagaimanapun, kami reda," katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Gua Musang, Ahad.

Sumber: Awani

No comments

Powered by Blogger.
a