Header Ads

"Gelaran Juara Disarankan Untuk Ditarik Balik" - Ini Jawapan dan Reaksi Aishah Kepada Datuk Seri Vida




 JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE


Nampaknya kontroversi melibatkan usahawan kosmetik tanah air dan juara gegar vaganza musim ke 4 masih berlarutan.

Usahawan Kosmetik itu meminta dan menyarankan Gegar Vaganza 4 (GV4) untuk menarik gelaran yang telah diberikan kepada penyanyi tersebut.

Apabila ditanya pendapat dan reaksi Aishah mengenai perkara tersebut. Dia hanya menjawab dia hanya mahu ketawa.

Perkara pertama yang muncul secara spontan dalam mindanya selepas berita mengenai isu itu diketahui ialah mahu ketawa.

Rasa nak tergelak pun ada apabila saya terima jawapan macam ini,

Isu ini tercetus apabila Aishah yang tidak berpuas hati dengan barang kemas yang diterimanya bukan tulen dan harganya langsung tidak sama dan tidak seperti diuar-uarkan iaitu berharga RM80,000.

Dalam pada itu, Datuk seri Vida mengatakan sepatutnya perkara ini tidak timbuk kerana rantai yang diberikan kepada Aishah hanyalah hadiah tambahan bukannya ganjaran utama.

Dalam laporan yang sama Datuk Vida juga hanya memberikan dua pilihan kepada Aishah bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Kata Vida, Aishah boleh menggantikan hadiah barang kemas itu dengan pelaburan dalam mata wang kripto yang dikeluarkannya, Lavida Coin, atau terus menyimpan rantai tersebut.

Menurutnya dia tidak akan menuruti permintaan Aishah yang mahukan barang kemas berkenaan ditukar dalam bentuk wang ringgit mahupun barang kemas yang sama dengan nilai yang diuar-uarkan.

Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000.

"Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin... you take it or leave it (kamu ambil atau lupakan terus),” katanya.

No comments

Powered by Blogger.
a