Header Ads

'Kalau nak ganti balik saya nak barang kemas atau wang tunai,Bukan 'Lavida Coin' nak buat apa?' - Aishah


Penyanyi Aishah menolak tawaran usahawan kosmetik Datuk Seri Vida yang mahu menukar hadiah rantai berlian yang dimenanginya selaku juara Gegar Vaganza 4 (GV4) dengan Lavida Coin.

"Kalau nak ambil balik rantai yang diberi itu gantikan semula dengan barang kemas atau wang tunai sesuai dengan harga yang digembar-gemburkan. Bukan dengan memberi Lavida Coin, saya tak mahu itu, nak buat apa?. Seeloknya, dia minta maaflah kerana menipu!," katanya kepada mStar Online.


Selain masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai GV4. Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila pemeriksaan di kedai barang kemas mendapati rantai berlian tersebut bukan asli dan tidak mempunyai nilai.


"Pembantu dia ada telefon saya, tapi tak sempat nak angkat kerana solat dan sekali lagi dia telefon tengah malam. Jadi masih belum berkesempatan berbincang mengenai perkara ini," ujarnya.

"Saya akan adakan pertemuan dengan Aishah dalam masa terdekat. Kita duduk bersama-sama untuk menerima penyerahan kembali rantai itu dengan hati yang sangat gembira.



"Pulangkan kepada saya, tidak mengapa. Saya akan gantikan rantai itu dengan satu benda yang sangat luar biasa iaitu Lavida Coin. Lepas itu barulah dia akan kata inilah rupa-rupanya yang saya cari selama ini," katanya.


JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a