Header Ads

'Kalau Rasa Tak Boleh Sabar Jangan Pilih Kerjaya Ni,Jahanam Pendidik Macam Ni' - Netizen


Terbaru, dua buah rakaman CCTV yang menunjukkan dua orang wanita yang dipercayai pekerja di sebuah pusat asuhan telah memukul beberapa orang kanak-kanak yang berusia di dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun telah jadi tular di Facebook.

Insiden melibatkan penderaan kanak-kanak di pusat asuhan bukanlah suatu perkara yang asing lagi di Malaysia.

Di dalam video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat telah ditampar oleh seorang wanita sehingga dia terjatuh daripada tempat duduk. Manakala di dalam video yang lain, pekerja pusat asuhan itu dilihat sengaja meletakkan seorang kanak-kanak di atas kanak-kanak yang lain.


Malah, video yang kedua menunjukkan seorang lagi wanita lain yang mengangkat badan seorang kanak-kanak perempuan yang kemudian menghempas ke badan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang duduk di atas lantai.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut telah menarik telinga kanak-kanak lelaki itu tanpa diketahui kesalahan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut kerana mereka semua kelihatan sedang elok duduk diam.



Berikutan itu, ramai netizen membanjiri ruangan komen pada posting tersebut dengan meluahkan amarah terhadap dua orang cikgu yang bertindak seperti dirasuk syaitan. Malah ada juga di antara mereka memasang niat hendak memukul dua orang wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas dua jam video tersebut tular, Acid Acit telah memuat naik status di Facebook berkenaan denagn video tular itu yang mengatakan kedua-kedua cikgu tersebut telah ditangkap dan menunggu tindakan yang selanjutnya.



Setakat ini, video yang telah dimuat naik oleh Acid Acit itu telah pun mendapat lebih daripada 20 ribu perkongsian di Facebook.

 
Sumber : Acid Acit
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a