Header Ads

'Kami Terkejut,Selama Ini Emak Tidak Pernah Hidap Sebarang Penyakit' - Anak Nurin Misha

Dukacita hari ini sekali lagi industri seni tanah air kehilangan permata bernilai dalam dunia drama. Pemergian pelakon Nurin Misha pagi tadi telah mengejutkan keluarga serta sahabat terdekat.

Menurut Metro, Allahyarham Nurin Misha meninggal dunia kerana sesak nafas di kediaman di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sekitar jam 9.30 pagi hari ini. Anak ketiga kepada pelakon ini tidak sangka ibunya dijemput Ilahi dan tiada sebarang tanda-tanda awal untuk ibu pergi selamanya.

Anak dan keluarga kepada arwah Nurin Misha terpaksa terima takdir ini, meskipun sukar untuk mempercayainya. Drama Arafah merupakan drama lakonan terakhir arwah yang disiarkan di TV3 semalam.


"Kami sekeluarga terkejut dengan pemergian arwah emak kerana selama ini emak sihat dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit. Cuma adik beritahu emak hanya mengadu penat dan sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi."

"Saya juga tidak melihat sebarang perubahan sikap emak kerana dia melayan kami seperti biasa saja di rumah. Arwah ibunya tidak bersendirian kerana ada ahli keluarga di sisi ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya di rumah."


"Mujur dua abang dan adik ada di rumah ketika itu. Buat masa ini, semua ahli keluarga berkumpul di rumah untuk menguruskan jenazah. Insya-Allah, jenazah arwah emak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bangko, Jalan Kuching selepas solat Asar hari ini."

Sumber : Metro.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a