Header Ads

Kantoi Sudah! Pelatih Di PULAPOL Kuching Selama 6 Minggu Rupanya Suspek Yang Dikehendaki Polis.


Lelaki berusia 20 tahun ditahan ketika sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Malaysia (PULAPOL) Kuching, Sarawak. Lelaki itu ditangkap kerana dia merupakan suspek yang dikehendaki polis di Kelantan. 

Lapor China Press, suspek telah ditahan pada 11 Ogos lalu dan sempat menjalani latihan di akademi tersebut selama enam minggu. 

Difahamkan, suspek merupakan individu yang dikehendaki polis yang dipercayai berkaitan dengan rompakan bersenjata di sebuah restoran di Kelantan pada 17 Mac lalu. 

Dalam kejadian itu, suspek dan rakannya telah menembak dua pekerja restoran ketika rompakan yang berlaku pada siang hari sebelum melarikan diri dengan motosikal. 


Polis melancarkan gerakan memburu suspek, namun salah seorang daripadanya berjaya meloloskan diri ke Kuching. 

Mungkin percaya tempat yang paling berbahaya adalah tempat yang paling selamat untuk bersembunyi, suspek telah memohon untuk menyertai PULAPOL. 


Pemohonan suspek diterima dan menjalani latihan bersama 360 calon lain selama enam minggu sehingga salah seorang tenaga pengajar mengambil keputusan untuk menyemak semula maklumatnya yang kemudian menghubungi Polis Kelantan dan terkejut apabila mendapati calon berkenaan adalah individu yang dikehendaki polis. 


Polis Kelantan kemudian menghantar pegawainya ke Kuching untuk membawa suspek pulang ke Kelantan untuk siasatan lanjut.

Sumber: World of Buzz
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a