Header Ads

'Kat Hospital Sekarang Sebab Sakit Kidney (Ginjal),Hope Cepat Sembuh' - Mia Sarah


Nama Mia Sara Nasuha pernah menjadi fenomena dalam industri lakonan oleh kerana bakatnya yang luar biasa dan wajah serta telatahnya yang mencuit hati penonton.

Namun sejak kebelakangan ini, jarang pula kelihatan pelakon cilik berusia 13 tahun ini beraksi di kaca televisyen tempatan. Mungkin sedang sibuk menguruskan perniagaan butik yang dijalankan?

Terbaru, Mia yang popular dengan drama bersiri Strawberi & Karipap dikhabarkan jatuh sakit sehingga terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara.


“Doakan Mia cepat sembuh ya. Komen murni murni je ya. Nite 😔,” tulis Mia menerusi posting di laman Instagram miliknya.


Menerusi sebuah posting oleh kelab peminatnya pula, Mia dikatakan telah menghidap penyakit buah pinggang. Ya Allah! Biar betul dikkk?

"@therealmiasara kt hospital sekarang sebb sakit Kidney (Ginjal) 😭 Its okay #mianators will pray for you, hope cepat sembuh,” kata pemilik akaun Instagram tersebut.


Berita berkenaan telah mendapat keprihatinan peminat dan pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar kesihatan Mia kembali pulih sepenuhnya.





Sumber : Mia Sara , shesmiasara
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a