Header Ads

Kemalangan Atau Bunuh Diri,Lelaki Maut Jatuh Ke Laluan LRT Bandar Punchong Pagi Tadi


Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia setelah jatuh ke atas laluan LRT di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

Bagaimanapun, mengikut laporan awal media tempatan dan perkongsian yang dibuat netizen, tidak dapat ditentukan sama ada kematian lelaki tersebut berpunca daripada kemalangan ataupun tindakan membunuh diri.

Namun, akibat kejadian tersebut telah menyebabkan jadual perjalanan LRT tergendala buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk mengumpul bukti dan mengalihkan jasad mangsa daripada lokasi kejadian.


Menurut perkongsian oleh netizen di laman Facebook, mendakwa LRT laluan antara Putra Height ke Sentul Timur akan mengalami gangguan perjalanan selama 30 minit di kedua-dua hala laluan tersebut.

Bagaimanapun di laman facebook Rapid KL pula, syarikat penegndali tersebut mengesahkan bahawa LRT bergerak perlahan di laluan IOI ke Pusat Bandar Puchong di kedua-dua arah.

Namun, kira-kira sejam yang lalu melalui kemas kini terbaru syarikat pengendali itu memberitahu bahawa trafik LRT mula bergerak normal.


Sumber : Rapid KL
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a