Header Ads

KJ Merajuk Dan Tiada Lagi Jawatan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah??


Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (gambar) secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah. Menurut ahli Parlimen Rembau itu, beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatannya dan permohonan untuk menamatkan kelayakannya.

"Penyerahan surat peletakan jawatan sebagai Komander 508AW dan permohonan untuk menamatkan pentauliahan kepada Mejar Jeneral Datuk Zainal AP BPS.

"Terima kasih kepada pasukan 508AW di atas bekerjasama selama hampir lima tahun sejak saya menjadi komander," katanya menerusi Tweet yang dimuat naik Rabu.

Khairy menolak dakwaan kononnya beliau melepaskan pangkat dan tauliah itu kerana Menteri Pertahanan yang baharu, Mohamad Sabu.

"Bukan kerana Mat Sabu tapi kerana kehadiran saya dalam askar wataniah dan dalam tentera darat Malaysia  tidak lagi diundang.

"Lebih baik saya mengundurkan diri tapi ia belum rasmi, tak tahu bila mereka (Mindef) akan buat keputusan," ujarnya.


Beliau juga merupakan menteri pertama yang dianugerahkan gelaran ketenteraan selepas menyertai beberapa kursus latihan yang dianjurkan oleh rejimen tersebut.

Pada Jun, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa Menteri Pertahanan Mohamad Sabu untuk menghentikan amalan yang membenarkan ahli politik dan selebriti menggayakan uniform tentera dan penganugerahan darjat ketenteraan.

Patriot turut meminta Mohamad agar tidak menerima sebarang gelaran kehormat atau memakai uniform ketenteraan seperti bekas menteri pertahanan sebelum ini.


Sebagai reaksi kepada permintaan itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu pada 31 Julai berkata, Angkatan Tentera telah menghentikan amalan pemberian gelaran kehormat tentera kepada ahli politik.

Sumber : mStar Online dan Sinar Harian
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a