Header Ads

"Malam itu saya hanya fikir mati, rasa macam memang akan mati" - Pelakon Baru Kongsi Cerita Di Gempa Lombok


Pelakon baharu, Adam Shadan berkongsi pengalaman mencemaskan ketika berdepan bencana gempa bumi di Lombok, Indonesia, Sabtu lalu.

Menurut Adam, semasa hari kejadian, dia bersama lima orang sahabat berada di sebuah restoran berdekatan pantai.

"Masa tu tengah menunggu hidangan makan malam. Tiba-tiba lampu terpadam dan terasa gegaran yang sangat kuat."

"Kami yang berada di situ tak fikir apa dah, masing-masing cari jalan untuk keluar daripada bangunan tersebut," katanya kepada mStar Online.

Pertama kali berdepan dengan gempa bumi, Adam berkata dia hanya berserah jika nyawanya dijemput malam itu.


"Malam itu saya hanya fikir mati, rasa macam memang akan mati. Tak ada orang yang tolong dan masing-masing kelam-kabut nak selamatkan diri."

"Bagaimanapun, Alhamdullilah kami berjaya keluar dengan selamat dan pulang ke Malaysia pada Isnin lalu," ujarnya.



Sementara itu, Adam memberitahu, buat masa ini dia masih trauma dan enggan mengunjungi mana-mana pulau.

Sumber : mStar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a