Header Ads

"Momo Challenge Buat 2 Remaja Bunuh Diri" Ibu Bapa Diminta Perhatikan Perubahan Tingkah Laku Anak



27 Ogos: Jika sebelum ini "keke challenge" telah membuatkan seorang wanita terlibat dengan kemalangan di luar negara. 

Minggu ini kita dikejutkan pula dengan "momo challenge" yang telah mengakibatkan dua pelajar di India membunuh diri.

Menurut pihak berkuasa tempatan mereka mengatakan bahawa..

"Selepas Blue Whale Challenge, kini mereka berdepan Momo Challenge yang semakin menular menerusi aplikasi Whatsapps, anggota kami telah diarahkan untuk memantau situasi terkini berhubung kes ini," katanya.

Menurut satu laporan mengatakan Momo Challenge telah meragut nyawa seorang remaja berusia 18 tahun, Manish Sarki, pada 20 Ogos lalu manakala Aditi Goyal, 26 tahun, pula dilaporkan maut sehari selepas itu.


Polis mengesyaki kematian kedua-dua mangsa yang berasal dari Kurseong di daerah Darjeeling itu mempunyai kaitan dengan permainan atas talian berkenaan yang menggalakkan pemainnya membunuh diri.

Pakar siber, Sandeep Sengupta menasihati orang ramai agar tidak menerima sebarang 'jemputan' untuk menyertai Momo Challenge dari nombor tidak dikenali dan tidak membuka tautan yang mencurigakan. 

Momo adalah seseorang yang tidak dapat dikenal pasti identitinya meminta dan membuat challenge mangsanya untuk membunuh diri. 

Dunia telah banyak memberi perhatian terhadap challenge ini kerana telah beberapa nyawa hilang disebabkan mereka mengikut "challenge" ini. 

Oleh itu KS menasihatkan ibu bapa agar mengawasi anak-anak anda. Perhatikan tingkah laku mereka. Kalau nampak ada perubahan sila bawa ke pakar-pakar berkenaan..

JANGAN LUPA SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a