Header Ads

Padah! Akibat Melancong Seorang Diri Ke Luar Negara,Negara Pertama Dikunjungi Wanita Ini Mati Dibunuh


Backpackers bermaksud seseorang yang menjelajah dengan membawa barangan mereka di dalam beg galas.Siapa saja yang tidak ingin jelajah ke negara luar seorang diri? Trend ini lebih dikenali sebagai backpackers. 

Namun tidak semua kisah backpackers berakhir dengan kegembiraan. Baru-baru ini, seorang wanita Mexico yang berumur 25 tahun, Maria Mathus Tenorio mati dirogol di Costa Rica. Maria pada ketika itu ingin menjelajah dunia untuk menyebarkan musiknya.

Pemusik dan produser lagu ini menjadikan Costa Rica sebagai tempat pertama untuk dijelajahinya. Namun di sini jugalah kisah hidupnya berakhir apabila mayatnya ditemui di pantai selepas satu minggu memulakan pengembaraan itu.

Menteri Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica berkata mayat Maria di jumpai di pantai El Carmen, tempat terkenal di kawasan resort Santa Teresa Del Cabano.



Menurut laporan rasmi, Maria bersama seorang wanita British diserang oleh sorang lelaki yang ingin merompak mereka. Wanita British itu berjaya melepaskan diri dan memanggil pegawai keselamatan.

Bagaimanapun Maria diserang, dirogol dan kemudiannya dibunuh secara kejam oleh perogol itu yang melemaskannya. Dua orang suspek telah ditangkap, Esquivel Cerdas dan Benavides Mendoza. Cerdas disyaki menyerang Maria manakala Mendoza pula disyaki merogolnya.



Kepada wanita lain yang ingin melancong seorang diri ke luar negara, seeloknya pergilah bersama orang yang anda kenal. Di tempat orang kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Lebih baik selamat daripada menyesal.

Sumber: Dailystar

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a