Header Ads

Padah! Akibat Pulas Badan Bayi Berusia 41 Hari,Bapa Kandung Ini Terima Padah.

Padah dera anak sendiri, seorang lelaki menerima hukuman berganda apabila dia bukan sahaja dipenjarakan malah turut dibelasah oleh banduan lain.Tony Smith, 47, diikat pada sebuah kerusi sebelum diserang dengan stokin berisi tin tuna dan kepingan logam oleh dua banduan di Penjara Swaleside, kepulauan Sheppey di Kent.

Smith dan teman wanitanya, Jody Simpson, 24, dijatuhkan hukuman penjara setelah didapati bersalah mencederakan anak mereka. Mangsa yang turut dikenali sebagai Tony mengalami patah tulang rusuk dan rahang serta retak tulang di bahagian mata.


Menurut seorang sumber, pegawai penjara berjaya menyelamatkan Smith yang nyaris maut selepas dia ditahan dan dikurung selama empat jam oleh dua banduan tersebut dalam kejadian pada 7 Ogos lalu.

Sementara itu, bayi tersebut berusia 41 hari sewaktu dia bertarung nyawa setelah didera pada 2014.Selain kecederaan lapan tulang retak, kaki bayi itu juga terpaksa dipotong kerana lewat dihantar ke hospital.


Sewaktu perbicaraan mahkamah, dua pasangan itu memberi alasan lambat menghantar Tony ke hospital kerana sedang menunggu tukang paip.

Menurut pakar penyiasat, bayi itu mengalamai kecederaan teruk setelah badannya ditarik dan dipulas sekitar 10 hari sebelum dihantar ke hopsital.


Bayi itu yang kini berusia tiga tahun dijaga oleh keluarga angkat baharunya.Smith yang juga penagih dadah jenis heroin dan Simpson dipenjara selama 10 tahun bermula Februari lalu.

Sumber : mStar Online.

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a