Header Ads

Pakar Bius Dari Malaysia Bunuh Isteri Dan Anak Kerana Isterinya Tidak Mahu Menceraikannya

Gambar sekadar hiasan
23 ogos: Seorang pakar bius warga Malaysia dituduh membunuh isteri dan anaknya dengan menggunakan bola yoga berisi gas beracun.

Dia dituduh melakukan demikian kerana pasangannya itu enggan menceraikannya.

Menurut pendakwa, tertuduh dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan pelajar dan meminta cerai daripada isterinya.

Tambah pendakwa, tertuduh berkemungkinan tidak berniat membunuh anaknya setelah siasatan polis mendapati dia telah menyuruh anaknya menyiapkan kerja sekolah di rumah pada hari kejadian.

Tertuduh pernah dilihat oleh rakan sekerja mengisi dua biji bola dengan karbon monoksida di Chinese University, di mana dia bertugas sebagai profesor madya.

Khaw Kim-sun, 53, dituduh meninggalkan bola berisi karbon monoksida itu di dalam but kereta dan membiarkan gas itu keluar lalu menyebabkan kematian ahli keluarganya.

Isteri dan anak suspek berusia 16 tahun dijumpai tidak bernyawa di dalam kereta Mini Cooper yang berkunci dan diletakkan di tepi jalan.
Kes itu telah menimbulkan tanda tanya kepada pihak berkuasa sehinggalah mereka menemukan bola yoga yang kempis di dalam but kereta tersebut.

Bedah siasat kedua-dua mangsa mengesahkan mereka mati akibat terhidu gas beracun karbon monoksida.

Suspek ketika dibacakan dua pertuduhan di mahkamah pada Rabu mengaku tidak bersalah membunuh isteri dan anaknya dalam insiden pada tahun 2015 itu.

No comments

Powered by Blogger.
a