Header Ads

Pemandu Bas Rapid Dikatakan Meninggal Dunia? Wah? Berita Siapa Pulak Ni ! Ini penjelasannya



Baru sahaja sebentar tadi telah tersebar satu berita mengatakan bahawa Pemandu bas Rapid KL yang terlibat dengan satu insiden rempuhan 7 kenderaan di Jalan Ampang telah meninggal dunia.

Namun menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, mengesahkan perkara itu sekali gus menafikan kenyataan tular di media sosial mengatakan pemandu bas berusia 32 tahun itu sudah meninggal dunia.

"Pemandu itu tidak meninggal dunia dan akan keluar daripada hospital pada 3 petang ini.

"Dia mengalami kecederaan di kepala dipercayai dipukul semasa ditangkap oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.



Katanya lagi, polis akan menjalankan siasatan lain sekiranya pemandu bas terbabit membuat laporan polis bahawa dia dipukul.

Selain itu, beliau turut memaklumkan tiada penumpang berada dalam bas Rapid KL berkenaan dalam kejadian yang berlaku 8.30 malam itu.

Hari ini, tular di Facebook kononnya pemandu bas Rapid KL terbabit sudah meninggal dunia.

"Berita yang diterima. Subjek (pemandu bas) telah meninggal dunia. Berita sebentar tadi diterima dari ‘group’. Al Fatihah," mesej tular terbabit.

Siapa yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara seperti ini ! Walaupun kerajaan sudah baru tetapi pemikiran masih sempit dengan tidak habis-habis membuat berita palsu. Sikap seperti menunjukkan masyarakat kita masih di takuk lama !

No comments

Powered by Blogger.
a