Header Ads

Pengacara Yang Mahir Pelbagai Bahasa Utama Dunia,Datuk Mahadzir Lokman Telah Meninggal Dunia.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan, melaporkan persenaliti terkemuka tanah air dan juga pengaacara majlis yang mahir dalam pelbagai bahasa utama dunia, Datuk Mahadzir Lokman, 60, dilpaorkan telah meninggal dunia.

Melalui portal berita tersebut, Allahyarham dikatakan berada di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah. Perkara tersebut turut disahkan oleh adik Allahyarham, Ida Lokman, yang memberitahu bahawa ahli keluarga mereka terkejut ketika menerima khabar berita tersebut.

Terdahulu pada tahun lepas, Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital selepas pulang daripada luar negara. Allahyarham ketika itu dikatakan mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis selain mengadu sakit kepala serta tidak sedarkan diri.

Mengimbas pencapaiannya, Allahyarham memulakan kariernya bersama stesen televisyen swasta, TV3 pada tahun 1984 sebagai pembaca berita berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu.



Selain petah berbicara, Allahyarham juga menguasai pelbagai bahasa utama dunia antaranya bahasa Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis. Malah, kerajaan Perancis pada 2006 pernah menganugerahkan pingat Ordre Les Palmes Academiques  di atas sumbangan Allahyarham dalam mempromosi bahasa dan budaya negara itu.


Al-Fatihah.



FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a