Header Ads

"Produk Dianggap Sampah, Zarina Anjoulie Sentap Kata Doktor Bangsat Dan Lupa Diri"


Nampaknya pelakon dan pengasas produk kesihatan Zarina Anjoulie tersentap apabila produk kesihatan yang dijualnya dilabel sebagai produk sampah.

Ini selepas pakar buah pinggang Dr Rafidah Abdullah mengadakan satu soalan random mengenai jenama produk yang pernah dipaai dan memberi kesan buruk bersama pengikutnya di instagram miliknya.

Beliau yang bertanya dengan caption:

"Banyak betul produk sampah ya. Yang dah kena, boleh bagi contoh tak?



Soalannya itu telah dijawab oleh netizen dan salah satu daripada jawapan netizen adalah produk yang dihasilkan oleh Zarina Anjoulie.



Produk kesihatan yang dijual oleh Zarina Anjoulie itu adalah produk spray yang digunakan oleh wanita untuk alat sulit sebagai perangsang.

Dr Rafidah mengatakan bahawa beliau baru sahaja pertama kali ada produk sedemikian...

Apabila perkara itu tular telah menyebabkan pemilik produk mengeluarkan kenyataan dan meluahkan apa yang terpendam di media sosial miliknya.

Zarina yang juga pelakon Anak Pontianak ini menyelar tindakan pakar buah pinggang, DR. Rafidah Abdullah itu yang hanya tahu mengecam pengasas produk sepertinya.



Zarina mempersoal apa yang telah dilakukan Dr Rafidah selain bertanyakan sumbangan kepada masyarakat selain menjadi doktor dan mengenakan harga melampau. Zarina juga menanyakan sama ada pakar itu membuat ceramah percuma untuk pengasas produk sepertinya untuk memajukan diri.

Dr Rafidah yang aktif memberi kesedaran mengenai bahaya produk suplemen kepada kesihatan terutamanya melibatkan produk tempatan. Ini kerana produk sedemikian diragui tahap keselamatannya untuk tubuh badan.

Netizen juga ada pertikaikan apa yang dikatakan oleh Zarina


No comments

Powered by Blogger.
a