Header Ads

Punca Rezeki Susah Datang Dekat! Salah Satu Jangan Sakiti Hati Isteri,Sebabnya....

Seorang suami adalah imam kepada isteri dan anak-anaknya.Suami berperanan menyayangi,menafkahi serta menjaga keluarganya.Syurga seorang isteri ada pada diri seorang suami.Isteri yang menuruti segala permintaan dan perintah suami maka jaminannya adalah syurga nan abadi.

Terkadang isteri yang hanya menjadi suri rumah tangga sering dipandang rendah oleh sesetengah suami.Hal itu membuatkan suami menggunakan kuasa vetonya untuk menyakiti hati isteri kerana merasakan dia berhak berbuat demikian.

"Jika suami sering melukai hati isteri dan dia tidak meminta maaf serta berusaha untuk mengubah sikap buruknya itu maka ia akan membuatkan pintu rezekinya tertutup"


Padahal membahagiakan isteri akan membuka pintu rezeki untuk keluarganya.Apakah kebenarannya menyakiti hati isteri akan menutup pintu rezeki? Berikut sedikit ulasan mengenai isu tersebut.

Orang yang merasa dizalimi teraniaya ataupun sakit hati atas perbuatan orang lain terhadap dirinya.Allah akan memakbulkan doanya. Sama halnya dalam rumah tangga,isteri yang merasa tersakiti atas perbuatan suami maka doanya akan dimakbulkan.Selain itu, ieteri yang sering disakiti oleh suaminya akan merasa kurang bersyukur atas apa yang diberikan oleh suaminya.Di saat seorang isteri merasa tersakiti,pintu rezeki untuk suaminya seolah-olah tertutup.

Jika hati seorang isteri sedang terluka atas perbuatan suaminya,dia akan tidak ikhlas dalam melayani suaminya.Jika dia melakukannya pun,dia akan melakukannya dengan hati yang kesal,tidak ikhlas dan paksa rela.Cba bayangkan pada waktu pagi yang biasanya isteri menyiapkan sarapan.Tapi di saat anda berdua sedang bertengkar,isteri tetap menyediakan sarapan untuk suaminya tetapi dalam keadaan yang marah.Jadinya rezeki suami akan tertutup lantaran menyakiti hati ietrinya.

Bila hati seorang isteri terluka kerana perlakuan suami terhadap dirinya maka ia akan membuatkan isteri sudah malas bahkan tidak pedulikan dengan apa yang sedang dilakukan oleh suaminya.Secara tidak langsung peranan seorang isteri sebagai penyokong kuat suami atau tulang belakang suami tidak lagi seprti yang sepatutnya.Maka berjuanglah suami seorang diri tanpa doa dan sokongan daripada seorang isteri.

Bagi suami yang memiliki isteri dengan sifat sensitif,suami perlu lebih berhati-hati.Ini kerana seorang isteri yang sensitif akan mudah tersinggung malah lebih buruk lagi akan menyimpan dendam kepada suaminya.Awas! Ia boleh menjadi racun dalam institusi perkahwinan.Perasaan negatif ini jika dibiarkan begitu sahaja akan mempengaruhi seluruh keluarga dan perasaan buruk tersebut dapat menunda rezeki yang datang.Tidak hanya itu sahaja,jika persaan negatif tersebut tidak berkesudahan,ia boleh menimbulkan musibah yang tidak ada jalan penyelesaiannya.

Gambar Google

JANGAN LUPA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

No comments

Powered by Blogger.
a